Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Fake Smile



Langkawi 21-23.12.2011
Saturday, 7 April 2012 | 05:02 | 0 comments
Hyeee yuollssss. Oh assalammualaikum :) Korang sihat? Aku sihat, terlebih sihat, makin bahagia gituuu. Okay , harini kan aku kan nak kan cerita kan pasal kan *eh berapa banyak kan daaaa*


Haa, kat mana tadi? Oh yaa, aku nak cerita pasal aku pergi Langkawi disember haritu. Cekire dah berapa lama punya cerita ni? 4 bulan yang lepas punya cerita aku baru nak cerita. Haish dah basi dah, siap berkulat lagi *uwerkk, mangkuk please*. Bila penyakit malas menjelma, memang tak jalan lah blog ni *eh? blog boleh jalan ka?*


Whatever lah. Kalau merepek, tak menjadi lah entri pasal Langkawi ni kan? So, 21.12 haritu, kami semua bangun awal, feri pukul 8.30 pagi kalau tak salah so haruslah bangun awal kan? Nak bersiap lagi *biasalah perempuan*, makan lagi. Memang tak sempat kalau bangun lewat.


Kami keluar dari rumah dalam pukul 8. Sampai jeti dalam pukul 8.15, ambil luggage apa semua pastu zasss masuk jeti. Dari Kuala Kedah nak ke Langkawi, ambil masa dalam 1 jam 45 minit. Boringnyaaa lahaii, nak tidur tak boleh. Apa mau buat? Diam sajaaa laaa.


Rakyah jelata. Ramai kan?


Bila dah sampai, perkara pertama, cari van dulu. 17 orang okay, bukan sikit. Bila dah dapat van, terus drive laju2 ke homestay. Hu mak aii. Rumah kampung ka? Line tak ada, nyamuk of course lah banyak. 3 hari 2 malam dekat sana. Ya Allah sabo ja lah dengan line yang kejap ada kejap tak ada.


Dah boring, kami semua keluar pergi Cable Car. Ramainya beratur nak naik tu. Okay buang niat nak naik. Ronda-ronda ja lah dekat situ.


On the way ke Cable Car. Sangat memerlukan kesabaran kerana van iteww sangat mampat macam tin sardin tahu?



Ni gambar dekat Cable Car. Banyak sebenarnya gambar tapi malas nak upload. Satu ja lah eh? Buat syarat haha

Lepastu, kami pergi Pantai Chenang *macam ni kot eja dia, hentam saja lah* sebab budak-budak cinonet ni sibuk nak mandi pantai, ikut ja lah. Bukan budak-budak ja mandi, yang dah besar pun sibuk nak join *opss pecah rahsia*


Dari pukul 5 sampai 7 lebih mandi, okay dah. Esok mandi pulak. Semua dah penat. So siap-siap masuk van. Terus balik, ikutnya nak terus balik tapi semua lapar, singgah lah dulu dekat warung tepi-tepi jalan tu. Dah habis makan terus balik. Mengantuk. Baru lepas makan, terus nak tidur *jangan ikut perangai saya*


Keesokkan harinya *cewah*, kami keluar dari rumah pukul 7.30 pagi macam tu sebab nak pergi ambil result PMR abang, alhamdulillah 8A *eh, perlu ka bagitau?* suka hati i lah :P



Tengok lah muka kami yang tengah boring -.-


Dah siap nangis nangis :P, terus pergi Bird Paradise. Woh yang ini AWESOME. Like seriously awesome gila. Sukaaaa :D Kalau boleh taknak balik dari situ tahu?











Aku pergi tu pakai sliper ja, senang nak jalan








Dah habis tu, pergi telaga ayer hangat dengan pantai apa tah. Yang ada banyak pulau pastu boleh jalan ja kesana. Tak tanya pulak tu pulau apa.




Lepas tu pergi melepak dekat Beras Terbakar, aku tak jalan pun. Melepak ja dekat warung2 dekat situ, malas nak masuk. Bukan ada apa yang menarik minat pun kan. Dah penat melepak dekat situ. Pergi Pantai Chenang sebab budak-budak cinonet ni nak mandi lagi. Aku tak mandi pun, gatal. And terus balik rumah sebab penat sangat-sangat tapi balik tu kena kemas baju dulu. Al maklumlah, esok pagi-pagi lagi nak 'check out' dari homestay tu.


Eh dah 23.12 so hari untuk kami semua balik setelah berjimba di Langkawi selama 3 hari 2 malam. Mula-mula kami semua redah Makam Mahsuri dulu. Then pergi Pekan Kuah borong coklat. Dah habis borong coklat. Zassssss terus ke jeti. Udah mau pulang *eh tetiba tukar jadi minah indon*



Gambar penutup. Okay byeeeee :P


Older Post | Newer Post